Trisyia Made in Malaysia
2016 New Year
Monday | 11:18 PM | 0 comment(s)
Assalamualaikum & Hi , 
Dah tahun 2016 sudah, cepat je masa berlalu kan? dan aku dah 18 tahun dah. Tahun ni aku akan banyak menempuh pelbagai cabaran . Seperti jumpa kawan baru,assignments yang begitu banyak,berjauhan dengan keluarga aku & banyak lagi aku akan tempuh nanti.Aku plan tahun ni aku nak ambil aliran yang aku minat bukan macam tahun lepas aku ambil aliran akaun yang aku tak berapa nak minat sangat . So, aliran yang akan aku pilih ialah aliran bidang memasak or Culinary, kedua aku pilih Multimedia or Arts . Aku pilih Culinary sebab aku suka memasak. Selepas habis je menduduki spm ni kerja aku dekat rumah memasak je tak henti-henti. So bila aku memasak je aku nampak diri aku ni macam ada bakat dalam memasak. Aku memang suka memasak dari form 1. Kalau aku tengok tv je aku mesti buka racangan memasak, Aku memang suka tengok orang memasak. Selain itu, jugak aku pernah masak untuk cikgu aku. Cikgu aku tu cikgu kaunseling. Aku masakkan untuk dia Pasta Ala Norma . Aku dapat recipe ni dekat tv je . Alhamdullilah, Cikgu kaunseling aku kata sedap, dia kata habis satu bekas ( Pengetua also makan ) 😊 bangga sekejap haha . Aku juga buat buku mini. Dalam buku mini tu aku tulis makanan yang aku pernah masak . So kalau aku lupa nak buat    makanan tuh aku boleh rujuk balik dalam buku mini aku . Buku mini tu memang useful lah bagi aku :) . Course kedua aku ni macam emergency lah kalau aku tak dapat masuk culinary aku pergi ke multimedia and arts . Aku pilih this course because I love Multimedia . Aku suka buat video stuff like that. Aku pilih arts pulak sebab aku memang suka melukis dari aku sekolah rendah. Tapi kebanyakkan aku suka lukis Anime. Practice makes perfect en. Aku harap sesangat dapat masuk ke aliran yang aku minat. Tolonglah ya allah :,) . Allah sahaja yang tahu keputusan aku. 9A+ dalam tangan. Ada satu A pun takpe dah buat aku gembira aku nak buat family aku gembira dengan keputusan spm aku nanti. Aku tak nak jadi macam adik aku. Well, aku tak cerita pasal tu sebab takde mengena pasal topic kita . Aku tak nak buat keluarga menangis dan malu aku nak buat diorang gembira. Allah sahaja yang tahu nanti :,) . Aminnn . 
2016 aku memang nak ubah diri aku dari malas ke rajin. Sebab aku akan ke tempat lain bukan lagi sekolah menengah. So aku nak ubah diri aku. Aku takkan cerita tentang apa yang aku akhir tahun lepas (2015 I mean ) . Apa yang aku buat masa aku jadi budak lepasan spm ni well, mesti lah tidur,makan,lepak, benda-benda yang student sudah nantikan2 selama 5 tahun an hahaha. Itulah aku. Aku memang tak plan nak kerja part time ke full time. Aku kerja dekat rumah je. Maksud aku bukan kerja lepak tidur makan tu aku kerja kemaskan rumah, masak (( part time bibik dekat rumah sendiri haha )) bukan itu sahaja aku buat dekat rumah aku tolong cikgu tuition aku jual tudung. dapatlah sikit2 komisen en daripada tak dapat apa2. Lesen kereta tu pulak, Aku tak tahu nak ambil bila. Sebab aku takut dia makan masa time aku nak ambil keputusan spm. Sebab aku ambil lesen dekat kampung, aku rancang nak ambil bulan 2 tapi aku takut aku habis lambat, so lesen aku pikir nanti dulu. Main focus aku sekarang belajar je sekarang. Pandai2 lah aku dekat sana nanti tempuhi sendiri :) . Well aku nak post gambar tapi sekarang aku guna phone update blog ni so post today no photos i will update soon :) okay! FOLLOW ME ON IG : @TrisyiaMaheera. okay 


OLDER ϟ NEWER

 
The Story Made by TrisyiaMaheera and my Tumblr